MakanMana

Polisi Privasi

Polisi ini menerangkan data yang MakanMana kumpul, kenapa, dan hak anda. Data anda TIDAK dijual kepada pihak ketiga.

Versi: Julai 2026 (beta awam)

1. Data yang kami kumpul

2. Kegunaan data

Data digunakan untuk memberi cadangan makanan yang lebih tepat, menjana skor/laporan kecergasan anda, menjalankan ciri sosial, dan menambah baik aplikasi (analitik agregat). Kami TIDAK menjual data anda dan TIDAK menyiarkan data sensitif anda kepada pengguna lain.

3. Apa yang pengguna lain nampak

Profil awam hanya memaparkan: nama paparan, @username, avatar, bio makanan, dan post yang anda tetapkan Awam. TIDAK dipaparkan: alahan, data kesihatan/badan, lokasi tepat, bajet peribadi (melainkan anda hidupkan sendiri), resit dan bukti perbelanjaan.

4. Storan & keselamatan

Data disimpan di Google Firebase (Firestore, Storage, Authentication) di rantau Asia Tenggara dengan peraturan akses ketat (setiap pengguna hanya boleh akses data sendiri; kandungan sosial ikut tetapan privasi post). Data disulitkan semasa penghantaran (HTTPS/TLS). Gambar yang anda muat naik disimpan di Firebase Storage.

5. Lokasi

Lokasi hanya digunakan semasa mencari kedai berdekatan dan check-in yang anda lakukan sendiri. Aplikasi berfungsi tanpa lokasi (guna kawasan lalai). Kebenaran boleh ditarik balik di tetapan telefon bila-bila masa.

6. Pihak ketiga

7. Pemadaman akaun & data

Anda boleh hantar permintaan pemadaman akaun melalui aplikasi: Tetapan → Akaun → Padam Akaun, atau email makanmana.app@gmail.com. Permintaan disemak dan data anda (akaun, profil, keutamaan, log) akan dipadam; kandungan dalam konteks kumpulan/bil bersama diproses secara selamat supaya tidak merosakkan data pengguna lain.

8. Kanak-kanak

MakanMana tidak ditujukan kepada kanak-kanak bawah 13 tahun dan kami tidak mengumpul data mereka dengan sengaja.

9. Hubungi

Soalan privasi: makanmana.app@gmail.com. Polisi boleh dikemas kini; perubahan besar akan dimaklumkan dalam aplikasi.